Tuesday, June 19, 2007

Saya dengar, tapi memualkan

KADANG-kadang kita tak dapat elak daripada bercakap tentang benda yang kecil-kecil.

Saya tentu sahaja menerima baik kritikan teman-teman agar saya lebih menonjol di dalam Pilihanraya Kecil Ijok, tempohari, sebelum Kongres Keadilan. Dalam pertemuan tertutup, saya juga menjelaskan bagaimana keadaan yang berlaku dan segala rintangannya.

Semalam, saya menerima satu lagi pandangan liar yang menyatakan saya turun ke Ijok semata-mata karena menjelang pemilihan AMK, dan hasrat bertanding Ketua AMK Pusat. Pandangan itu, secara politiknya, sangat kreatif.

Dinyatakan di sini, beberapa siri kerja dan tugasan sepanjang pilihanraya kecil sejak 1999. Antaranya, Teluk Kemang (Negeri Sembilan-1999), sebelum ke Lunas, Indera Kayangan, Anak Bukit, Machap, Ijok...

Arakian, saya senang sekali dengan tuduhan liar itu, yang katanya, "Hasmi turun ke Ijok hanya karena dia mahu bertanding Ketua AMK!" Antara yang menuduh, dengan saya, saya kira saya lebih awal menghidupkan bahagian, berbanding-nya yang terkesing-kesing mencari tempat berlabuh!

Sekejap lagi dalam perjalanan balek kampung--biarpun dua hari lepas saya sudah menziarah keluarga dua beranak yang mati, juga di kampung saya--karena hujung minggu ini (Sabtu), adek saya, Nurhayani Hashim melangsungkan perkahwinan dengan Syahnizam Padollah. Di sana, ada tujuan politik? Jangan tanya saya. Saya tidak ada jawapan yang kreatif. Atau tidak perlu bertanya, arakian akan tercipta sahaja pantun-pantun yang janggal, adanya...

[kembali ke halaman utama]

2 comments:

D'IMPIAN INN said...

Salam buat saudara hasmi hashim
Kebetulan pernah saya berkesempatan bertanya soalan pada seorang ustaz mencari rumusan formula kekuatan meneruskan perjuangan walaupan kadang-kadang pandangan, perbuatan, tindakan yang baik pada KITA disalah tafsirkan oleh orang?. Justeru keluar cerita ustaz tadi, nabi muhamad mula perkembangan islam pun dihina, dibaling najis dan tidak diterima. Sepontan saya mencelah KITA bukan nabi, beliau ma’sum. Jawapan ustaz tadi formulanya adalah “ikhlas dalam perjuangan”. Ingat hasmi, jika pahala yang kita cari dari perjuangan ini nescaya KITA tidak akan penat. Berapa lama sangat orang nak bercakap, akhirnya mereka akan setuju bila ada bukti; yang lebih penting buktikan. Tomahan dan teguran itu anggapkan cabaran yang mungkin membawa kebaikan. Sekurangnya mereka “perasan” kehadiran team pencerahan dan idea disebaliknya.
Ada yang perlu kita (rakyat Malaysia) harus ubah dengan cepat iaitu “cepat menerima perubahan”. Lebih-lebih lagi melayu yang selalu mencari sudut untuk “tidak” menerima idea baru. Akhirnya idea/perubahan itu dibuat setelah mahu memuaskan hati semua orang TETAPI lewat 10 tahun kebelakang, siapa yang rugi. Mereka/kita selalu mencari hujan dalam HAL buntu yang remeh dan meninggalkan perkara pokok yang lebih besar harus diperjelaskan.
MALAYSIA harus ada perubahan sekurang-kurangnya menerima idea muda DARI idea yang lama dimudakan berulang kali… kadang-kadang jemu dan memualkan. Adakah ini disebabkan orang yang memimpin terlalu lama (tempoh) atau terlalu tua (umur) sehingga kekadang jumud membuat keputusan mudah untuk kebaikan rakyat. Mengikut kiraan bilangan menteri hingga ke pendana menterinya semua dipelopori orang lama (dalam dua-dua ketogari). Malaysia mahu pimpinan baru, agrasif dan pandangan orang baru. Mana ada Negara dunia punya PM dan menterinya (kesemuanya) terlalu lama dan tua. Mana orang muda ?...
Akhirnya, saya menyeru agar perjuangan ini diteruskan. Indaikan ini perang, walau perang ini kalah, luka-luka, sakit mata dan ada yang terkorban; jangan lupa mereka juga sama terluka bukan hasmi sahaja. Yang lebih penting kegagalan mereka untuk mengamalkan prinsip teras Seek First to Understand, Then to be Understood, atau dalam bahasa Islamnya “menyeru manusia ke jalan Allah dengan HIKMAH”, bukan sahaja menjadikan penerangan kita tentang idea semakin tidak relevan, mereka juga sewenang-wenangnya tidak berlaku adil terhadap orang lain(kita). Harusnya diperbetulkan dari imbinya.

Salam perjuangan
Pengundimuar

munirah hayati said...

salam en. ketua bahgaian!

kenapa lama tak update ruang ini? tak da idea?

-pembaca diam-